Mulai pada 1 April 2007 saya telah berpindah ke JPN HQ sebagai Ketua Unit C n S dan di tempatkan di bekas bilik PKP Ar Mustafa di Tingkat 7 . Walau pun bagitu tugas masih samar dan aku tiada kawalan untuk C n S . Tugas utama masih buat kerja untuk JPNWilayah Barat . TKP2 banyak minta aku wakilinya dalam mesyuarat yg sepatutnya dia kena hadir.
Aku sempat melawat projek di Penang dan Sabah.Walau bagaimana pun pada awal bulan Julai 2007 JKR telah menghantar seorang Akitek J52Ar Azman . tapi di tangguhkan sahingga 1 Ogos 2007 .
TKP2 memaklumkan bahawa Ar Azman akan mengetuai Pengurusan Projek dan akan di tempatkan di bilik yg aku duduk sekarang . TKP2 memberi pilihan utk aku balik ke Shah Alam atau pun duduk di bilik PTK berhadapan bilik TKP2 yg aku rasakan kurang sesuai kerana tiada OPENING lansung. Aku terpaksa tangguh dan fikirkan sampailah Mesyuarat Pengujudan PIMD pada 17 Julai 2007 .
Aku menyatakan aku akan terus duduk di HQ .Aku telah Survey ruang yg boleh aku duduk di Unit C n S dan jumpa satu bilik utkJ44 .Pada hari ini 25 Julai 2007 ( Rabu) aku minta tolong staf dari Tingkat 6 Sofuan yg very coperative dan memanggil ramai technician lebeh kurang 8 orang utk bantu aku pindah barang barang ke Tingkat 6. Sebelum itu paginya aku minta izin TKP2 untuk bawa Computer ke bawah . Alhamdulillah dalam masa satu jam aku selesai pindah dan kemas sekali . Pihak pentadbiran Tkt 6 pula bagi aku kunci bilik dan Pintu utama .Semua berjalan dengan lancar......... SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Mulai 1 Sep 2007 pula TKP2 ( Teknikal ) telah bertukar sebagai PIMD dan aku terus di tempatkan sebagai ketua Unit Awam dan Struktur, PIMD .
Walau bagaimana pun berlaku lagi pertukaran segi Organisasi . Mulai 1 Nov 2007 berlaku lagi perubahan dimana PIMD di letakkan dibawah Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek dengan nama baru Cawangan Pelaksanaan dan Penyelenggaraan Projek ( PIMB) .
Pada 16 Nov 2007 ada Kenaikan Pangkat ramai staf JKR Malaysia termasuklah En Mustafa Kamal. Dengan itu dgn persetujuan pentadbiran aku telah berpindah bilik ke En Mus dan dapat kerjasama dari semua staf Awam dan Struktur dan BTM untuk urusan pemindahan barang barang dan Sistem dlm Komputer . Aku rasa lebih selesa .... OK .
